KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 berlaku di Selatan Sumatera pada jam 11.15 malam, 9 Ogos 2026.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa tersebut berpusat pada koordinat 6.0° Selatan dan 102.4° Timur, kira-kira 239 kilometer barat daya dari Pagar Alam, Indonesia, dengan kedalaman 78 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette
















