Foto FB Jalaluddin Alias.

KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang memuat naik gambar makan tengah hari bersama Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial miliknya hari ini, Jalaluddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Ismail dalam mentadbir Negeri Sembilan.

“Lunch (makan tengah hari) bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini. Selamat maju jaya Datuk dalam mentadbir negeri. Insya-Allah, parti dan kerajaan akan terus bergerak seiring, demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyambut baik pertemuan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Selepas kemenangan Barisan Nasional -Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, pemerhati meramalkan tiga nama yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar yang baharu.

Selain Ismail, Jalaludin yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pertang turut disebut-sebut sebagai calon.

Turut tersenarai ialah bekas Timbalan Speaker Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin, 47, yang memenangi kerusi DUN Lenggeng.

Ismail akhirnya dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Munawir, pada 2 Ogos lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast