TEMERLOH – Polis mengesahkan dua mangsa yang rentung dalam nahas tragis membabitkan sebuah kereta dengan lori tanki di kilometer 9, Jalan Temerloh – Triang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, mangsa dipercayai seorang wanita Melayu berusia 39 tahun dan anak lelakinya berusia 12 tahun.

“Bagaimanapun, pengesahan identiti kedua-duanya akan dijalankan melalui perbandingan DNA waris. Proses bedah siasat pula akan dijalankan esok di ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan maklumat daripada waris kedua-dua mangsa, Mohd Nasyim berkata, dua beranak itu dalam perjalanan dari Jerantut ke Seremban, Negeri Sembilan ketika kejadian berlaku.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang tadi, sebuah lori tangki bermuatan 32,000 liter minyak diesel hilang kawalan dan terbabas memasuki lorong bertentangan, mengakibatkan ia terbalik dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza dinaiki kedua-dua mangsa dari arah bertentangan di lokasi terbabit.

Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terlibat hangus terbakar sepenuhnya. Pemandu lori yang berusia 37 tahun bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan sempat menyelamatkan diri.

Mohd Nasyim berkata, lelaki itu akan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis belum kenal pasti mangsa nahas lori tanker dengan kereta di Jalan Temerloh-Triang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast