Razaman (dua kiri) mengaku salah di Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas dua kesalahan memiliki dan melepaskan tembakan guna senjata api buatan sendiri.

KLUANG – Seorang peneroka dipenjara 15 bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah memiliki dan melepaskan tembakan menggunakan selaras senapang angin buatan sendiri ke sebuah rumah, bulan ini.

Tertuduh, Razaman Yunos, 43, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dihadapan Majestrit Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh melakukan kesalahan memiliki satu laras senapang angin buatan sendiri tanpa kebenaran sah di hadapan rumah di Jalan Kemboja Felda Bukit Permai pukul 3.30 petang pada 17 Ogos lalu.

Untuk kesalahan ini, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, pekerja ladang itu dituduh melakukan kesalahan di tempat, masa dan tarikh yang sama iaitu melepaskan satu das tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah pengadu iaitu bukan di tempat lapang sasar yang diberi kuasa.

Bagi kesalahan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Sekayen 39 Akta Senjata 1970 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman manakala3l tertidu tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, Nik Noratini memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh.

Razaman dalam rayuannya memohon supaya hukuman diringankan kerana perlu menggalas tanggungjawab menyara keluarganya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara tujuh bulan dari tarikh ditangkap bagi pertuduhan pertama dan penjara lapan bulan dari tarikh ditangkap bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman dijalankan serentak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here