Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap kepada media pada Konvensyen Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Internet Selamat 2026 Peringkat Kuala Lumpur di Imbi Convention Hall Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 08 OGOS 2026.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,964 aduan berkaitan jualan produk di platform e-dagang serta isu berkaitan platform berkenaan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 1 Januari 2025 hingga 25 Ogos lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, 1,147 aduan diterima sepanjang tahun lalu, manakala 817 lagi direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Ogos lalu.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 118 aduan masih dalam tindakan MCMC,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, aduan yang diterima bukan sahaja berkaitan penjualan produk tetapi turut merangkumi isu penipuan atau scam yang berlaku menerusi platform berkenaan.

“Sebanyak 161 aduan diterima berkenaan produk-produk yang bersifat elektrik atau elektronik dan empat aduan diterima mengenai kesahihan status halal,” katanya.

Menurut Fahmi, jumlah aduan itu antara perkara yang mendorong Jemaah Menteri mengarahkan kementerian berkaitan mengambil tindakan segera untuk memperkemas kawal selia platform e-dagang.

“Hasrat kerajaan adalah untuk pastikan para pengguna sentiasa dilindungi.

“Jadi apa-apa tindakan diambil, yang kita utamakan dan paling utama adalah dalam kalangan pengguna dan pembeli daripada platform-platform e-dagang ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here