Kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian terpakai (bundle), jenis tidak kekal di Kampung Titingan, Esbok Rombengan, Tawau musnah terbakar .

KUALA LUMPUR – Kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian terpakai (bundle) jenis tidak kekal di Kampung Titingan, Esbok Rombengan, Tawau musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.44 pagi sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 4.51 pagi, kira-kira tiga kilometer dari balai.

Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan kira-kira 100×120 meter persegi, dengan keseluruhan lot kedai terbabit dilaporkan terbakar 100 peratus.

Bagaimanapun, ujarnya, sebanyak 350 rumah dan lot kedai berhampiran berjaya diselamatkan daripada kebakaran dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 5.23 pagi, manakala kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi memastikan tiada bara api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Operasi itu membabitkan 16 anggota BBP Tawau dengan bantuan 10 anggota Bomba Komuniti, selain PDRM seramai 10 anggota, APM sembilan anggota dan SESB dua anggota. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here