Bencana banjir di Nepal. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal,

Menurut Perdana Menteri, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan.

Tambahnya, Kerajaan Madani menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) akan terus memantau perkembangan itu dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.

Terdahulu, Perdana Menteri turut melahirkan rasa dukacita dengan kejadian itu dan amat terkesan apabila dimaklumkan oleh KLN bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini.

Katanya, usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terlibat sedang giat dilakukan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di sempadan Nepal-China itu meningkat kepada 160 orang.

Sementara itu, lebih 680 pelancong, pengembara, anggota keselamatan, pekerja dan penduduk tempatan dilaporkan hilang di kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here