Masyarakat setempat tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ab Rauf pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang memasuki siri ke-27, di Jeti Paya Lebar Eco – Cruise Sungai Linggi Jeti Masjid Tanah di sini hari ini.

MELAKA – “19 hari bulan (September) tu buah baru masak, kita tunggu buah gugur,”.

Itu kiasan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada pemberita ketika ditanya adakah 19 September ini mungkin menjadi tarikh kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagaimanapun, Ab Rauf tidak mengesahkan sama ada DUN Melaka akan dibubarkan pada tarikh berkenaan, malah dalam ucapannya turut turut meminta semua pihak menunggu perkembangan selanjutnya.

Ab Rauf Yusoh

“Tapi saya nak bagitahu semua, walaubagaimanapun kita tetap akan adakan PRN yang tak boleh kita tunggu lama-lama kerana waktunya sudah hampir dengan pembubaran secara automatik (akhir Disember).

“Kalau kita pilih esok, pilihlah yang baik, yang boleh membawa kesejahteraan kita yang kita nak berteduh di pohon yang rendang. Nak berkasih biarlah pada yang sayang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang memasuki siri ke-27, di Jeti Paya Lebar Eco – Cruise Sungai Linggi Jeti Masjid Tanah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) kini memasuki siri ke-24, manakala program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di DUN Ayer Limau merupakan siri ke-27.

Menurutnya, keseluruhan program Jelajah Ketua Menteri akan berakhir di DUN Tanjung Bidara bermula 12 hingga 19 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here