Dua mangsa cedera dalam insiden tersebut.

GEORGE TOWN – Seramai 11 lelaki yang terlibat dalam kes rusuhan bersenjata membabitkan dua kumpulan Geng 04 di Ayer Itam di sini, pada 29 Ogos lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Seorang lelaki berusia 19 tahun berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Suspek dikatakan memandu sebuah kenderaan sebelum melanggar seorang lelaki berusia 25 tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

Sementara itu, 10 lagi suspek berusia antara 19 hingga 34 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan bersenjatakan senjata atau benda yang digunakan sebagai senjata.

Difahamkan, kesemua mereka terdiri daripada pemborong sayur, pelayan restoran, penganggur, pembantu kedai serta penghantar barang.

ARTIKEL BERKAITAN

3 remaja bawah umur antara 13 ditahan merusuh guna senjata

Pergaduhan di Ayer Itam membabitkan Geng 04 – Polis

Geng 04 merusuh: 10 lagi lelaki ditahan

Media pada 4 September lalu melaporkan, polis menahan 10 lagi lelaki tempatan susulan siasatan kes merusuh menggunakan senjata membabitkan dua kumpulan Geng 04 di hadapan SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua, Ayer Itam di sini, pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, kesemua suspek ditahan menerusi beberapa siri serbuan di negeri ini dan Selangor bermula 30 Ogos hingga 4 September lalu.

“Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 23 orang setakat ini,” katanya.

Difahamkan, dua mangsa masing-masing berusia 25 dan 17 tahun cedera dalam kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here