Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Seramai 45,808 orang yang direkodkan sebagai ahli dan kembali ke Rumah Bangsa sejak diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) lapan bulan lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Ibu Pejabat parti itu telah menerima sambutan luar biasa yang mahu kembali bahkan ada yang mahu bersama berjuang di dalam konsep yang digagaskan Ahmad Zahid itu.

“Ini menjadikan jumlah keahlian UMNO setakat 31 Ogos 2026 mencecah 3,251,456 orang.

“Mengikut pecahan, jumlah keahlian biasa adalah seramai 1,195,265 orang manakala bagi Pergerakan Wanita, keahlian adalah seramai 1,412,052 orang, Pemuda 418,063 orang dan Puteri 226,076 orang.

“Lima negeri yang mencatatkan rekod pertambahan ahli baru tertinggi ialah Johor diikuti Pahang, Selangor, Perak dan Sabah,” katanya ketika berucap pada perasmian PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut mengakui kejayaan yang kembali memutik di Johor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini bukannya datang bergolek secara percuma.

Ini kerana kata beliau penyatuan ummah itu dicemburui lawan hingga terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.

“Pelbagai intimidasi, pelbagai fitnah dan pelbagai juga tuduhan-tuduhan jahat telah direka, semata-mata untuk mengaibkan, mencalar reputasi dan menguji kecekalan hati pimpinan kita,” katanya. – MalaysiaGazette

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hadir pada Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here