Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki beramah mesra bersama pelajar ketika hadir pada Majlis Perasmian Program Pra Pelepasan Tajaan MARA ke Luar Negara Perdana 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Seramai 4,812 pelajar huffaz Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berjaya melanjutkan pengajian dan menceburi bidang profesional, termasuk dalam bidang berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pencapaian itu membuktikan usaha memperkasa pendidikan al-Quran di MRSM mampu berjalan seiring dengan kecemerlangan akademik.

Ujarnya, pencapaian berkenaan sekali gus menangkis persepsi bahawa pengajian tahfiz hanya memberi tumpuan kepada hafazan al-Quran tanpa menyediakan laluan kepada kecemerlangan akademik dan kerjaya profesional.

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MARA untuk memperkasakan agenda ‘Memprofesionalkan Huffaz, MengHuffazkan Profesional’,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 368 pelajar MRSM berjaya khatam hafazan 30 juzuk sehingga pertengahan tahun ini.

Tambahnya, MARA kini mempunyai lapan MRSM Ulul Albab yang menyasarkan semua pelajarnya menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Selain lapan MRSM Ulul Albab, MARA sudah mula mengambil inisiatif baharu dengan memperkenalkan konsep Ulul Albab mini atau Tamhidi di seluruh 50 MRSM lain.

“Misinya adalah memastikan sekurang-kurangnya pelajar Muslim di MRSM mampu menghafaz sekurang-kurangnya lima juzuk sebelum tamat Tingkatan Lima,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here