Kejadian banjir di Janda Baik, Bentong semalam. Gambar orang awam.

BENTONG – Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini pagi tadi susulan kejadian banjir melanda Kampung Janda Baik petang semalam.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong, Lt (PA) Azizah Husain, 105 mangsa daripada 34 keluarga dilaporkan terjejas dan ditempatkan di PPS SK Janda Baik.

Beliau berkata, banjir berlaku selepas hujan lebat melanda kampung terbabit dalam tempoh tiga jam bermula jam 6 petang semalam.

“Mangsa yang ditempatkan di PPS SK Janda Baik turut meliputi empat warga emas lelaki, 8 warga emas wanita, selain 18 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, paras air direkodkan semakin menurun dan beberapa keluarga sudah mula meninggalkan PPS terbabit untuk membersihkan rumah masing-masing.

Katanya, jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here