Special Branch defamation suit pontianak false claims
Gambar hiasan

BUTTERWORTH – Seorang individu berstatus bankrap mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Butterworth pada 8 September atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 198(1)(a) Akta Syarikat 2016.

Yusri Husain sebelum ini telah didakwa di mahkamah yang sama pada 18 Jun lalu atas kesalahan yang sama dan mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun, pada sebutan semula kes bertarikh 8 September, tertuduh telah menukar pengakuannya kepada pengakuan bersalah.

Tertuduh didakwa kerana bertindak sebagai pengarah syarikat Elit Mestika Global (M) Sdn. Bhd. pada 18 November 2024, sedangkan ketika itu tertuduh merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan dan tidak mendapat kebenaran mahkamah untuk memegang jawatan atau menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat.

Hakim Roslan Hamid telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh dan jika didapati gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dikenakan penjara selama sebulan.

Tertuduh telah menjelaskan bayaran denda sejurus selepas prosiding selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Tengku Nor Zurairah Tengku Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

SSM dalam kenyataan hari ini mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah undang-undang yang dikawal selia oleh SSM.

Jelasnya, SSM konsisten dalam usaha mengawal selia pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang ditadbir, di samping
memastikan komuniti korporat kekal peka terhadap tanggungjawab serta mengamalkan etika perniagaan yang
berintegriti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here