Gambar hiasan. Foto MALAYSIAGAZETTE.

PARIT – Dua pelajar lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lagi pelajar dengan seterika, 19 Sept lepas.

Pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Mengikut pertuduhan dua pelajar berkenaan secara bersama pada 19 Sept pada 4 petang dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian ke atas seorang lagi pelajar berusia 13 tahun dengan menggunakan seterika di sebuah maahad tahfiz di sini.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Jayasri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Nadrah Badarudin.

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM500 setiap tertuduh dan menetapkan 27 Okt untuk tarikh sebutan semula kes.  – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here