KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia selepas lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, di Kuala Kubu Bharu, di sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.13 petang.
Serentak itu, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera FRT-1 dan Utility LOU-1 digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.
Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
















