BERLIN – Gergasi automotif Jerman, Volkswagen (VW) memanggil semula kira-kira 2.86 juta kenderaan di seluruh dunia dipanggil semula susulan potensi risiko terhadap sistem stereng, menurut pihak berkuasa pengangkutan Jerman (KBA).
Dalam kenyataan ringkasnya, KBA berkata, model terjejas termasuk kenderaan Volkswagen Tiguan, Touran, Golf dan Caddy yang dihasilkan antara 2013 hingga 2024.
Turut terlibat kira-kira 700,000 kenderaan model Audi yang dihasilkan antara 2017 hingga 2024.
Menurut KBA, kakisan berpotensi menyebabkan bolt patah dan seterusnya mengakibatkan kegagalan sistem stereng, namun tiada kejadian sedemikian dilaporkan setakat ini.
Seorang jurucakap Volkswagen berkata, masalah kakisan itu dikesan menerusi pemeriksaan kawalan kualiti terhadap kenderaan terbabit.
“Kami kini memanggil semula kenderaan yang terjejas sebagai langkah berjaga-jaga dan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan,” katanya kepada AFP.
Beliau berkata, pemilik masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing sehingga mendapatkan janji temu dengan pengedar bagi tujuan penggantian bolt berkenaan. – Agensi
















