KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini mendakwa realiti aktiviti buli di sekolah asrama apabila ada pelajar yang melawan akan menanggung bahana lebih teruk jika bertindak dan melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.
Ibu tunggal berusia 50 tahun itu mendakwa yang menurut perintah pembuli dan ‘mengunci mulut’ pula akan terselamat dan dibiarkan bebas.
“Yang tinggal asrama sahaja tahu, nak selamat, jadilah ‘penjilat’. Bila besar, jadi ‘penjilat’ di jabatan pula, kerana sudah dipraktikkan sejak sekolah.
“Yang jujur, bercakap benar ini akan ‘dipalau’ dan kena lebih teruk,” tulisnya di Thread miliknya.
Rita memberi reaksi itu sebagai komen balas terhadap perkongsian seorang individu yang mendakwa menanggung kesan lebih teruk selepas melaporkan kes buli yang dihadapinya kepada pihak sekolah.
“Bila kita bongkar, mulalah kita di label ‘mulut jahat’. Adab dan akhlak orang tua dalam itu lagi kasar (tak semua), budak-budak mana nak dijadikan contoh.
“Yang sudah lama pendam akan rebel. Tapi tulah, benda ‘pahit’ ini klau kita bersuara, nanti kita kena lah. Itulah ‘realiti’ dalam itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















