KUALA LUMPUR – Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal menghadiahkan pingat buat Malaysia dalam acara beregu lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun selepas tewas di suku akhir, sebentar tadi.
Beraksi di Ichinomiya City Municipal Gymnasium, pasangan nombor enam dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan pemenang pingat perak Olimpik Paris 2024, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China merusi 13-21, 17-21.
Kekalahan itu menamatkan cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki berakhir selepas Aaron Chia-Tee Kai Wun turut tersingkir di pusingan kedua, semalam.
Pada edisi Hangzhou 2022, Aaron-Soh Wooi Yik menyumbang pingat gangsa buat negara dalam acara tersebut.
Kali terakhir Malaysia meraih emas Sukan Asia dalam acara beregu lelaki adalah menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi Doha 2006, Qatar. – MalaysiaGazette















