KUALA LUMPUR – Pelakon juga peragawati sensasi, Zahnita Wilson sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Farouk Osman Yunus dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya semalam.
Zahnita,41, atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan oleh abang kandungnya, Mohd Julian Hussein disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Dalam majlis tersebut, Farouk, 46, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300, dua bentuk cincin serta sejadah.
Masjid yang diadakan secara sederhana itu dihadiri oleh keluarga terdekat termasuklah tiga orang anak perempuan Zahnita.
Kedua-dua mempelai segak memakai busana pengantin berwarna putih rekaan Ruby Signature.
Pada Ogos lalu, Zahnita mendedahkan sudah bertunang dengan jejaka bergelar duda yang bekerja dalam sektor kewangan itu selepas beberapa bulan berkenalan.
Sebelum ini, pelakon filem Kuliah Cinta itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Zackery pada 2005 namun bercerai pada Ogos 2025.















