Tangkap layar sebuah kereta ditahan tiga individu tidak dikenali selepas merempuh beberapa kenderaan di Pangsapuri Seri Intan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara cemas disapa tiga lelaki tidak kenali, seorang lelaki bertindak memecut kereta untuk  melarikan diri hingga terlanggarbeberapa kenderaan lain di tepi jalan dekat Pangsapuri Seri Intan, Lembah Jaya, Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu lelaki berkenaan telah dipukul tiga individu di hadapan Apartmen Okkid hingga tular di media sosial.

“Sebelum itu, mangsa berusia 27 tahun mendakwa baru selesai menghantar seorang rakan wanita pulang ke kediamannya selepas membuat aktiviti mendaki Bukit Melati, di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kemudian, mangsa didatangi tiga lelaki yang mana salah salah seorang telah mengetuk cermin bahagian pemandu dan meminta mangsa untuk turun dari kereta.

“Oleh sebab takut, mangsa bertindak memecut keretanya manakala tiga lelaki terbabit mengejar, namun kenderaan dipandu mangsa telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tamabh beliau, polis masih menyiasat motif tiga lelaki berkenaan mengetuk cermin kereta mangsa dan kes disiasat  mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video berdurasi 43 saat memaparkan sebuah kereta mengalami kerosakan dan cermin pecah pada bahagian penumpang belakang, serta beberapa lelaki dilihat menahan kenderaan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here