Gambar hiasan. Foto MALAYSIAGAZETTE.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap seorang penggali kubur selepas didapati bersalah mencuri tabung surau di sebuah pusat beli-belah di sini sebanyak RM16, Isnin lalu.

Majlistret A Shaarmini memerintahkan tertuduh, Nazarudin Mahmud, 45, yang masih bujang dihukum penjara bermula dari tarikh dia ditahan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri wang tunai berkenaan dalam tabung surau tersebut dalam bangunan Angsana Johor Bahru Mall, pukul 4.20 petang, Isnin lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan selepas perbuatannya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di surau berkenaan.

Tertuduh didakwa mengorek tabung di surau berkenaan menggunakan pembaris besi yang turut ditemukan bersama wang tunai berkenaan ketika ditahan.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Noor Asyikin Shafiqah Atham Malik memohon agar hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh.

“Saya mohon agar hukuman ringan dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ini adaah kesalahan pertamanya selain pengakuan bersalah yang dibuat telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Selain itu tertuduh yang mempunyai penyakit sawan hanya berpendapatan kira-kira RM1,500 selain terpaksa menanggung ibunya berusia 75 tahun,” katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Shafeeqah Mohd Sharifuddin.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here