Gambar hiasan. foto Reuters

ISLAMABAD – Ruang udara Pakistan di sempadan timur dengan India akan terus ditutup sehingga 14 Jun ini, menurut jurucakap penerbangan awam tanpa memberi penjelasan.

Pakistan telah menutup ruang udara itu sejak Februari lalu selepas serangan oleh kumpulan militan Pakistan di Kashmir menyebabkan siri pengeboman di kedua-dua negara.

Syarikat penerbangan asing yang menggunakan ruang udara India terpaksa mengambil lencongan kerana tidak boleh terbang ke Pakistan.

Penutupan itu memberi kesan kepada penerbangan dari Eropah ke Asia Tenggara.

Pakistan terletak di tengah-tengah koridor penerbangan penting dan sekatan ruang udara memberi kesan kepada beratus-ratus penerbangan komersial dan kargo setiap hari, sambil menambah masa penerbangan untuk penumpang dan kos bahan api untuk syarikat penerbangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast