NILAI – Persediaan skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2020 berjalan lancar termasuk rancangan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan dalam Liga Super, kata Pengurus Pasukan Negeri Sembilan Mohd Khairollah Abdul Latif.

Katanya, selain perlawanan persahabatan hari ini bagi melihat kualiti pemain dan posisi bersesuaian, pihaknya juga telah mengatur beberapa perlawanan persabahatan lain sebelum bermulanya liga musim hadapan.

Selain menyerap tiga pemain muda dari skuad Piala Presiden 2019, skuad yang bakal dilatih pengendali pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan Sazali Saidon, juga dikatakan telah mengikat tujuh pemain baharu termasuk dua bekas pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah dan Muhd Shahrom Kalam.

Mohd Khairollah berkata pasukan berkenaan turut diperkuatkan dengan lima muka baharu iaitu, bekas penyerang Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, bekas pemain pertahanan Pulau Pinang, Che Safwan Hazman, bekas pemain UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, bekas pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, dan bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.

Negeri Sembilan pada musim ini akan bermain dalam Liga Premier setlah menduduki tangga keenam daripada 11 pasukan, dengan mengutip 29 mata daripada 20 perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast