Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bersedia membantu memantau operasi ladang dan kilang kelapa sawit di enam daerah selepas Kerajaan Negeri Sabah memberi kelonggaran beroperasi.

Enam daerah itu ialah di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pemantauan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia serta komitmen daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia dan Persatuan Pemilik Ladang Sawit Malaysia  itu bagi memastikan ladang dan kilang sawit di seluruh negeri itu mematuhi Panduan Pengoperasian Ladang Semasa Wabak Covid-19 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Artikel berkaitan: Sime Darby rayu Sabah tarik balik penutupan operasi sawit

KPPK minta Sabah pertimbang semula perintah tutup ladang sawit

MPOA, MEOA bimbang industri terjejas

”Keputusan yang dinanti-nantikan ini sudah semestinya akan disambut baik oleh syarikat perladangan dan kilang sawit di enam daerah tersebut khususnya yang tidak dijangkiti virus Covid-19.

”Kementerian ini sentiasa bersedia membantu dari segi pemantauan,” katanya.

KPPK menambah, kebenaran bersyarat dan panduan pengoperasian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hendaklah diberi perhatian serius supaya syarikat
perladangan dan kilang sawit dapat terus beroperasi.

Tegas beliau, kementerian ini tidak akan berkompromi ke atas syarikat perladangan, kilang sawit dan kilang penapis minyak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang di dapati melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat seperti ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sejajar dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast