Sebilangan besar wanita menyertai protes besar-besaran di Dhaka menuntut kerajaan melaksanakan hukuman berat ke atas perogol. foto Reuters

DHAKA – Kabinet Bangladesh meluluskan hukuman mati kepada pesalah-pesalah yang didapati merogol.

Hukuman itu diluluskan ketika Bangladesh berdepan dengan tunjuk perasaan di seluruh negara berikutan beberapa siri rogol dan serangan seksual.

Bangladesh telah menyaksikan lonjakan jenayah seksual dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan hampir 1,000 insiden dilaporkan antara Januari dan September, lebih dari satu per lima daripadanya adalah kesalahan merogol, menurut kumpulan hak asasi manusia, Ain-o-Salish Kendra.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar menyifatkan hukuman yang lebih berat tidak cukup untuk mengatasi masalah tersebut dan pihak berkuasa perlu segera membendung masalah sistemik dalam perbicaraan rogol dan kadar sabitan yang sangat rendah.

Aktivis hak asasi menyalahkan peningkatan jumlah serangan terhadap budaya tidak bersalah dan melindungi suspek oleh individu berpengaruh atas alasan politik.

Kabinet, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasina,bersetuju cadangan untuk menjadikan hukuman mati sebagai hukuman tertinggi untuk kes-kes rogol

“Undang-undang perlu diubah dengan cepat … (Kabinet) telah memutuskan bahawa suatu peraturan akan diisytiharkan esok, dengan persetujuan presiden, kerana Parlimen tidak bersidang ketika ini,” kata Menteri Hukum Anisul Huq.

Kes terbaharu mencetuskan kemarahan seluruh rakyat selepas satu video sekumpulan lelaki menyerang seorang wanita selama hampir setengah jam di daerah tenggara Noakhali.

Siasatan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional mendapati wanita dalam video itu telah diperkosa berulang kali secara ganas dan bersenjata ata oleh salah seorang suspek dalam kumpulan itu sejak tahun lalu.

Kemarahan memuncak dalam kalangan rakyat apabila pendakwa raya mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan kes serangan seksual yang dilapor oleh mangsa.

Hukuman yang dikenakan terhadap pelaku pula sangat ringan.

Selain itu, banyak kes rogol tidak dilaporkan kerana wanita takut.

Tinjauan 2013 yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati bahawa, di antara lelaki di Bangladesh yang mengaku pernah memperkosa, 88 peratus responden di luar bandar dan 95 peratus responden bandar mendakwa mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast