KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Subang menyifatkan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang berjiwa besar apabila meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat di hadapan.
Ketuanya Bahagian, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, dalam situasi hari ini, ketika negara sedang berperang mengatasi pandemik Covid-19, tindakan kepimpinan UMNO itu sangat bertepatan sekali.
“Selaku Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden yang begitu konsisten dalam perjuangannya, dengan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
“Dalam situasi negara sedang berperang mengatasi pandemik Covid-19, tindakan pucuk pimpinan parti untuk memfokuskan penyelesaian wabak itu merupakan tindakan terbaik bagi semua pihak, baik parti politik mahupun rakyat.
“Saya harap seluruh kepimpinan UMNO semua peringkat menyambut baik keputusan parti untuk kita semua bekerja keras membantu rakyat di kawasan masing-masing.
“Ini kerana sejak dahulu hingga kini, UMNO sentiasa konsisten dalam politik khidmat bakti kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Semalam, Ahmad Zahid dalam kenyataannya menyatakan pendirian UMNO untuk melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat masalah ekonomi berjaya.
Beliau dilaporkan berkata, UMNO menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendepani pandemik serta kegawatan ekonomi dan mengarahkan semua kepimpinan parti dalam Kabinet memberikan sepenuhnya penumpuan kepada usaha membantu rakyat dan meringankan beban yang mereka tanggung. – MalaysiaGazette

















Rakyat tengah berjuang untuk sesuap nasi jangan lah mimpikan kuasa yang telah hilang… Sedarilah sekarang rakyat sudah banyakkk pilihan
Gencatan bukan tanda berhati besar loh tetapi bukti lu olang tamak kuasa sajer. Tak ader fikir tentang rakyat punya. Tak ade jawatan, lu dalam hati talak senang macam olang talak kelijer.