Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor menasihatkan rakyat di pelbagai kawasan penempatan di seluruh daerah di Johor sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat pada masa sekarang hingga segelintir penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kerajaan negeri serta jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan perlu membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu ketika ini.

”Pada masa sama, pastikan mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS diberikan kemudahan yang secukupnya, di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Begitu juga, penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu sentiasa berhati-hati serta sentiasa patuh pada nasihat pihak berkuasa,” titah baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast