KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih Pulau Pinang, Moey Yoke Ham meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan Kelab Bola Sepak Pulau Pinang menerusi kenyataan ringkas pada akaun Facebook, Penang FC.
“Pengurusan dan semua warga Persatuan dan Kelab Bola Sepak Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” kata kenyataan itu.
Mendiang yang berusia 76 tahun adalah tokoh yang diingati membawa kegemilangan skuad 1998 Pulau Pinang bersama Merzagua Abderrazak apabila merangkul kejuaraan Liga Perdana 1. – MalaysiaGazette
















