Gambar mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial yang dipercayai mati lemas di dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung.

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia hari ini dipercayai akibat mati lemas.

Mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial dikatakan lemas di dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung semalam sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

MalaysiaGazette difahamkan, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian menimpa cucunya itu.

Nenek mangsa menunjukkan gambar Sophia Fatehah ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini.

“Saya dapat panggilan terus bergegas dari Taiping ke unit forensik Pulau Pinang. Kami masih terkejut dengan kejadian ini kerana sudah lama dia berada dalam jagaan pengasuh itu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast