Jabatan Penjara Malaysia khususkan masa lima hari untuk perjumpaan dengan keluarga sempena Tahun Baru Cina.

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan perjumpaan keluarga penghuni penjara pada 3 hingga 7 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perjumpaan itu boleh diadakan melalui dua pilihan iaitu secara bersemuka (intercom) untuk pelawat yang lengkap divaksin dan video call mengikut syarat ditetapkan.

Antara syarat itu ialah seorang penghuni penjara hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temu janji melalui Sistem i-Visit di laman www.prison.gov.my; panggilan telefon di institusi berkenaan dan e-mel atau surat ke institusi itu.

Selepas itu, pihak penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat.

“Masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan, manakala dua pelawat dibenarkan dalam kalangan keluarga.

“Pelawat warga emas berumur 60 tahun ke atas dibenarkan dengan bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

“Pelawat wajib mematuhi SOP Fasa 4 yang telah ditetapkan ketika perjumpaan,” kata kenyataan itu.

Bagi kebenaran perjumpaan secara video call, ianya terpakai untuk penjara sekiranya negeri atau tempat berkenaan berada di luar Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 ketika tarik lawatan berkuatkuasa.

Manakala perjumpaan secara bersemuka terutama di Pusat Reintegrasi Penjara dan Sekolah Henry Gurney perlu mematuhi Panduan Lawatan Perjumpaan Banduan/Tahanan/Penghuni Norma Baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast