Pelanggan Richiamo Coffee boleh menggantikan penggunaan susu segar dalam kopi dengan susu oat.

KUALA LUMPUR – Para pelanggan Richiamo Coffee kini boleh merasai pengalaman kopi premium dengan susu oat secara percuma mulai 15 Februari sehingga 15 Mac 2023 di semua cawangannya.

Tawaran ini hasil kerjasama Richiamo Coffee dengan syarikat susu oat, Oatside.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, kerjasama terbaru ini memberi pelbagai pilihan kepada para peminat kopi tempatan.

”Para penggemar kopi boleh merasai dan menikmati kopi premium kami dengan susu oat mulai hari ini, dan semestinya menaiktaraf daripada susu segar kepada susu oat akan menjadi satu pilihan terbaru kepada pelanggan kami,” katanya di sini hari ini.

Selain memberi kelainan kepada penggemar Richiamo Coffee, kerjasama ini turut menyediakan menu kesihatan.

Penggunaan susu oat ini merupakan alternatif berasaskan tumbuhan berbanding susu tenusu tradisional yang menjadi semakin popular dalam kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan, selain ia bebas laktosa.

Selain itu, susu oat ini juga mengandungi beta glucan yang baik untuk kesihatan jantung dan ia amat berkrim serta mampu menghasilkan buih yang cantik.

“Susu oat mempunyai tekstur berkrim dan kemanisan halus yang dipadankan dengan sempurna dengan kopi kami. Kami yakin bahawa pelanggan akan menyukai peningkatan ini dan kami teruja untuk menawarkan pilihan baharu ini” katanya lagi.

Dengan perkongsian baharu antara Richiamo Coffee dan Oatside, ia merupakan langkah terbaik untuk industri kopi dan pelanggan yang mencari pilihan lebih sihat dan mampan untuk kopi mereka.

Promosi naik taraf percuma adalah peluang terbaik bagi pelanggan untuk mencuba pilihan susu oat baharu dan mengalami perbezaan dalam kopi mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast