Tiga sahabat nyaris maut apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam gaung selepas dipercayai cuba mengelak seekor anjing di Jalan Lendu Masjid Tanah, Alor Gajah malam tadi.

ALOR GAJAH – Tiga sahabat nyaris maut apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam gaung selepas dipercayai cuba mengelak seekor anjing di Jalan Lendu, Masjid Tanah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa berusia 21 hingga 25 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Iriz itu sedang dalam perjalanan dari Masjid Tanah ke arah Alor Gajah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai kereta dipandu lelaki berusia 25 tahun itu hilang kawalan selepas dipercayai mengelak seekor anjing yang melintas.

“Akibatnya, kereta itu terbabas ke bahu kanan jalan melanggar pokok dan terjunam ke dalam gaung setinggi kira-kira tiga meter,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Tambah Arshad, semua mangsa yang mengalami cedera ringan ditempatkan di Zon Kuning dan Hijau Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast