KUALA LUMPUR – Seorang pelakon dan pengarah lelaki terkenal berasal dari Kedah ditahan pihak polis selepas mengamuk menampar anggota polis di sebuah balai polis cawangan trafik di Damansara hari ini.
Suspek tersebut menampar anggota polis yang bertugas dan menendang orang awam yang berada di situ.
Semasa insiden tersebut berlaku, suspek tidak berbaju, percakapan tidak jelas dan dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Beliau kini sedang disiasat dan akan menjalani ujian air kencing.
Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.
Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan. – MalaysiaGazette
















