Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta rakyat tidak menerima bulat-bulat laporan media yang mendakwa wujud krisis dalaman dalam parti itu. 

Katanya, laporan tersebut ditulis berdasarkan daripada sumber yang boleh diragui.

“Jangan percaya yang bukan, (laporan) ia dipetik dari sumber. Tak baik (laporan itu),” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di perkarangan ibu pejabat Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang mendakwa timbul spekulasi mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin bertelagah mengenai hala tuju parti.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN dikatakan mungkin digantikan sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Dua nama yang disebut-sebut menggantikan Hamzah iaitu Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast