Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KOTA BHARU – Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat (D.K) yang dianugerahkan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkuat kuasa 6 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat ketika mengesahkan perkara tersebut tanpa memberikan sebarang sebab.

“Saya hanya melaksanakan titah Istana Kelantan,” katanya.

Difahamkan Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri menerima surat penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu di kediamannya di Seri Kembangan hari ini.

Beliau menerima darjah tersebut pada April 2002.

Dr. Mahathir merupakan tokoh politik ketiga selepas Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dititahkan supaya menyerahkan kembali darjah kebesaran dan watikah penganugerahan.

Husam dan Wan Abdul Rahim turut hilang gelaran Datuk.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast