Absyar Rina Yusra Asmadi
Tiga lelaki positif dadah dicekup dalam Ops Tapis di Sandakan
Tiga lelaki ditahan dalam Ops Tapis oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan termasuk seorang kerana memiliki syabu dan dua lagi disyaki menggunakan dadah selepas ujian air kencing mendapati mereka positif amphetamine dan methamphetamine.
Dua ‘mat rempit’ ditahan dalam Op Motosikal di Ampang
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menahan dua penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Motosikal di Ampang, selain menyita empat motosikal dan mengeluarkan 17 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
MCMC siasat individu muat naik kandungan palsu libatkan SPRM
Individu berkenaan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan selain satu unit peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita.
Op Taring Wawasan Kelantan: 4 lelaki ditahan, ganja 1kg dirampas
PGA dalam satu kenyataan hari ini berkata, anggota bertugas kemudian mengekori kedua-dua kenderaan berkenaan sejauh kira-kira lima kilometer sebelum berjaya menahan kesemua suspek.
Genting laksana Inisiatif Sekolah Angkat Madani, dua sekolah di Pahang terima...
Dua sekolah yang menerima manfaat ialah Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kemahal dan Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kampung Sertik melibatkan pelbagai penambahbaikan infrastruktur, kemudahan pembelajaran serta sokongan teknologi.
Malaysia perkukuh kepakaran rawatan hemofilia melalui Kongres Dunia WFH 2026
Persidangan terbesar komuniti masalah pendarahan dunia itu berlangsung selama empat hari bermula 19 hingga 22 April lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur telah menghimpunkan lebih 1,900 peserta dari seluruh dunia.
Operasi TH di Madinah lancar, sedia sambut 31,600 jemaah Malaysia
Katanya, daripada jumlah petugas berkenaan, 40 orang merupakan petugas kebajikan manakala 35 lagi terdiri daripada petugas perubatan bagi memastikan aspek kebajikan serta kesihatan jemaah sentiasa terpelihara.
Malaysia kecam serangan terhadap pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan terhadap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang mengorbankan seorang anggota pengaman dan mencederakan tiga yang lain dalam insiden di Ghanduriyah, 18 April 2026.
200 rumah air terbakar: Bantuan segera adalah keutamaan – PM
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan terhadap kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan yang memusnahkan ratusan rumah. Kerajaan Persekutuan kini menyelaras bantuan segera bersama kerajaan negeri bagi memastikan keselamatan mangsa serta menyediakan bantuan asas dan penempatan sementara.
200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar di Sandakan
Kira-kira 200 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan musnah dalam kebakaran besar awal pagi tadi. Operasi pemadaman oleh JBPM berdepan cabaran seperti laluan sempit, air surut dan angin kencang, namun berjaya dikawal dengan bantuan beberapa agensi. Tiada laporan mangsa, manakala punca kejadian masih disiasat.
















