Reza A Hamid
Buang bayi dalam tandas: Polis Melaka tahan remaja perempuan 18 tahun
Hasil keterangan awal juga mendapati suspek mengaku melahirkan bayi berkenaan yang didakwa sudah tidak bernyawa di rumahnya.
‘Ingatkan bungkusan pakaian, rupa-rupanya kepala bayi – Saksi
Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila bungkusan yang disangkakan pakaian di dalam tandas awam wanita di Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini pagi tadi rupanya mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Pemandu Myvi microsleep nafi pandu melulu sebabkan kematian
Pemandu Perodua Myvi yang dipercayai microsleep dan merempuh lima kenderaan menyebabkan seorang maut di Selasa lalu mengaku tidak bersalah hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Mayat bayi dibalut telekung ditemukan dalam tandas di Melaka
Mayat bayi perempuan cukup sifat masih bertali pusat dijumpai dibalut kain telekung diletakkan dalam beg di Tandas Awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka pagi tadi.
KPDN Melaka bongkar sindiket jual 820 tong LPG haram
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka membongkar kegiatan penyimpanan dan pengedaran 820 tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen bernilai hampir RM600,000 dalam dua serbuan berasingan di Telok Mas di sini malam tadi.
Pemandu Grab nafi miliki pisau, takutkan wanita dalam pasar raya
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran serta ugutan jenayah menakutkan seorang wanita di sebuah pasar raya, Sabtu lalu.
Anak pakai Spiderman bukan untuk mengemis, dia dibawa atok angkat –...
Ibu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang tular mengemis dengan memakai kostum Spiderman bersama seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Cheng, Isnin lalu tidak tahu perbuatan anak sulungnya itu selepas dibawa keluar oleh bapa angkatnya.
Kelahiran Noah hampir 5 kg kalahkan ‘bayi tadika’ gamatkan hospital di...
Kelahiran seorang bayi lelaki dengan berat hampir lima kilogram menggamatkan bilik pembedahan Hospital Pantai di sini hari ini yang teruja dengan situasi luar biasa itu.
Dua anggota polis direman disyaki terima rasuah kes dadah
Dua anggota polis direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan berhubung kes suapan kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam kes dadah.
‘Kereta belakang dah bagi hon amaran, tapi Myvi itu terus rempuh...
"Waktu kereta di belakang Perodua Myvi berkenaan bunyikan hon amaran, saya ingat pemandu Myvi akan berhenti, rupanya dia terus merempuh kami yang sedang berhenti di lampu isyarat.
















