Presiden Pakatan HARAPAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat menahan sebak selepas dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika parti tersebut menang dalam PRU 14 yang akan datang pada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2018.

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan merancang daripada awal untuk menjadi timbalan kepada suaminya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri kelak.

Wan Azizah hari ini sah dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam konvensyen Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebaliknya berkata, isu jawatan tertinggi dalam kerajaan akan disandang oleh mereka yang juga suami isteri itu tidak difikirkan sebaliknya fokus utama hanyalah pilihan raya.

“Saya tidak fikir sampai ke tahap itu lagi. Kami hanya mahu berhadapan dengan pilihan raya sekarang ini. Bila tiba kepada situasi itu kita akan fikirkannya.

“Bukan rancangannya untuk suami dan isteri sebagai Perdana Menteri. Bukan,” katanya ketika sidang media selepas konvensyen gabungan pembangkang disini petang tadi.

Jika PH berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14, jawatan Perdana Menteri akan diberikan buat sementara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jawatan itu kemudiannya akan dikembalikan kepada Anwar apabila Ketua Umum PKR itu dibebaskan dari penjara. -MalaysiaGazette.