Shireen Ann Zaharah Muhiudeen

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Berhad (Bursa) mengumumkan pelantikan Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengarah Kepentingan Awam mulai 1 Mac ini.

Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Kewangan mengikut Seksyen 10(1) dan 10(3) Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007.

Shireen akan menggantikan Tan Sri Amirshan A Aziz yang memegang jawatan itu sejak 1 Mac 2015.

Amirsham akan melepaskan jawatannya pada 28 Februari ini.

Shireen adalah pengasas Corston-Smith Asset Management Sdn Bhd.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AIG Investment Corporation (Asia) Ltd dari tahun 1992 hingga 2004.

Beliau mempunyai pengurusan dana yang lebih daripada 31 tahun pengalaman dalam pasaran ekuiti Asia yang baru muncul.

Shireen juga adalah ahli kumpulan kerja Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) untuk penubuhan Lembaga Maharlika Bursa Saham Filipina, selain ahli Panel Penasihat Antarabangsa bagi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan.

Datuk Shireen Muhiudeen kini memegang Jawatan Pengarah Bebas di AMMB Holdings Berhad, dan di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Beliau telah berkhidmat di Majlis Penasihat Sukan Malaysia, Lembaga Pelancongan Malaysia dan merupakan ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia. – MalaysiaGazette