Foto FB LLM

KUALA LUMPUR – Trafik sesak di 5.1 kilometer selepas Behrang ke Slim River susulan insiden lori tangki terbakar di Kilometer 372.1 Lebuh Raya PLUS.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata, semua laluan arah utara ditutup buat sementara waktu.

Pengguna diminta keluar di Slim River sehingga kerja-kerja pembersihan dijalankan. – MalaysiaGazette