Istana Imperial. foto Agensi

TOKYO – Tahap keselamatan Istana Imperial dipertingkatkan menjelang permulaan era Reiwa.

Acara itu diadakan sehari selepas bapanya, Mahaaraja Akihito turun takhta selepas 31 tahun memerintah dalam era Heisei.

Polis telah meningkatkan keselamatan di Istana Imperial seluas 115 hektar yang menjadi kediaman maharaja dan maharani Jepun.

Pemeriksaan turut dijalankan oleh penyelam di tasik yang mengelilingi istana berkenaan.

Manakala anjing pengesan digunakan untuk memeriksa kawasan belukar.

Akses orang awam di plaza di hadapan istaana juga diperketatkan sepanjang majlis turun takhta dan pelantikan maharaja yang baharu.

Tahap keselamatan yang sama juga diberikan di kediaman Putera Naruhito yang terletak di Akasaka.

“Kami akan mengetatkan kawalan keselaman bagi mengelak tingkah-laku haram seperti keganasan,” menurut pegawai polis. – MalaysiaGazette