Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

KOTA KINABALU- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan permohonan pembentukan 26 cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah dan Labuan.

Presiden parti, Tan Sru Muhyiddin Yassin menyerahkan surat kelulusan tersebut kepada koordinator Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu majlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman merupakan salah seorang daripada sembilan ADUN dan lima ahli parlimen yang meninggalkan UMNO untuk menyertai Bersatu.

Bersatu Sabah dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, April lalu.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan