Muzammil Ismail

KUALA LUMPUR – Serangan media dan tekanan politik terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersifat rasis.

Exco ARMADA, Muzzamil Ismail menyelar tindakan pimpinan parti Gerakan, MCA dan rakan mereka dalam kalangan DAP yang didakwa melakukannya.

“Mendesak dan mengesa agar kuota dihapuskan adalah kerja gila dan tidak berasaskan Perlembagaan. Tema Malaysia Baru tidak hanya berkait rapat dengan kesamarataan iaitu penghapusan kuota terhadap kaum.

“Nasihat saya, tidak bersetuju atau berpuas hati bukan lesen membodohkan individu. Awas, percakapan yang dikeluarkan pimpinan adalah seperti bom jangka yang boleh meletupkan keharmonian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muzammil, Maszlee tidak perlu memohon maaf dan berganjak ke belakang biarpun terdapat sejuta orang yang menandatangani sebarang petisyen mendesaknya meletak jawatan.

“Jika mahu bicara soal (keadilan), jangan cabar keterbukaan yang diberi. Jika tidak, bubarkan sekolah vernakular baru kita bincang tentang kuota matrikulasi,” ujarnya lagi.

Justeru beliau mahu kesemua pimpinan tertinggi parti komponen Pakatan Harapan wajib teguh menyokong pendirian Maszlee termasuk pimpinan pembangkang.- MalaysiaGazette