Pelakon Umie Aida .

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang bergelar sahabat.

Perasaan tidak puas hati itu dikongsikan bintang filem Dukun menerusi Instagram miliknya malam tadi.

Umie memberitahu wang bukanlah segalanya sambil menempelak individu tersebut dengan menyatakan betapa murahnya nilai sebuah persahabatan.

MONEY IS NOT EVERYTHING but EVERYTHING IS MONEY. SubhanaAllah …betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau ! kau bole bohongi satu dunia dgn keterampilan suci kau yg seperti dibawah lindungan kaabah itu .. dan paling sayang…kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau !

“Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yg kau ambil itu akn menghancurkan hati sahabat kau sendiri.. bkn kerana kebendaan itu TETAPI kerana seorang sahabat tidak akn MENGKHIANATI sahabatnya sendiri semata- mata utk kesenangan.

“Aku cuba lupakan sejarah silam dgn harapan kau sudah berubah. Tidak ada yg berubah rupanya…dan bukan mudah merubah kebiasaan hidup silam seseorang.? Tapi aku masih memberi seluruh kepercayaan aku kpd kau sehingga aku menghadam kekecewaan aku satu ketika dulu demi utk memaafkn kau kerana aku terlalu menghargai kau sebagai sahabatku.

“Tetapi sahabat! Ucapan maaf bukan hanya sekadar kata-kata.. ianya ungkapan yg harus diselarikan dgn tidak lagi mengulangi kesilapan itu. TETAPI harini kau bukan sahaja mengulangi kesilapan itu tetapi kau telah bertakhta di hati aku sebagai PENGKHIANAT !!

“#fakefriends #becareful @zahidarafik maafkan me baby tak dengar nasihat baby dari awal. Korang pernah tak ada kawan jenis macamni? Apa korang akan buat?,” tulisnya panjang lebar.

Menerusi ruangan komen, terdapat pengikutnya membuat telahan sendiri membayangkan ia seperti ditujukan kepada Erra Fazira.

Lebih mengejutkan, kedua-kedua mereka tidak lagi mengikuti masing-masing di Instagram sedangkan diketahui mempunyai hubungan erat dan akrab. – MalaysiaGazette