Ayatollah Ali Khamenei

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai-pegawainya.

Presiden Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan sekatan tersebut, kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin.

Langkah itu akan ‘mengunci’ aset Iran yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Trump memberitahu pemberita sekatan itu dikenakan susulan tindakan Tehran yang menembak jatuh dron milik tentera AS minggu lalu dan Khamenei bertanggungjawab sepenuhnya.

Trump berkata, sekatan itu akan menafikan akses kewangan dan sokongan daripada ketua pemimpin dan pejabat pemimpin tertinggi dan mereka yang berkait rapat dengannya.

John Smith, yang merupakan pengarah Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC), Perbendaharaan AS. sebelum menyertai sebuah firma undang-undang tahun lepas berkata, AS tidak pernah mensasarkan ketua negara Iran sebelum ini dan sekatan kali ini menunjukkan tindakan Trump lebih kepada peribadi.

“Pada amnya, apabila anda mensasarkan ketua negara, anda tidak melihat ke belakang. Tindakan itu dibuat apabila anda percaya semua pilihan sudah berakhir,” kata Smith.

Beberapa penganalisis polisi sebelum ini berkata, sekatan-sekatan di bawah pentadbiran Trump adalah tekanan maksimum adalah punca mengapa Iran terpaksa menggunakan taktik yang lebih agresif disebabkan ekonominya terjejas.

Pentadbiran Trump yang mahu memaksa Tehran membuka jalan perundingan bagi program nuklear dan peluru berpandu dan kegiatannya di rantau ini.

Namun, Iran tidak akan menerima rundingan dengan AS semasa ia berada di bawah ancaman sekatan, Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majid Takht Ravanchi, kepada pemberita di U.N.

Keputusan AS adalah petunjuk lain ia “tidak menghormati undang-undang dan ketetapan antarabangsa,” katanya. – MalaysiaGazette