Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Negara berhubung siasatan video seks songsang baru-baru ini.

Menurut beliau, kenyataan Datuk Seri Hamid Bador yang siasatan menjurus kepada dalang penyebaran video berkenaan sahaja.

“Saya agak kecewa dengan kenyataan KPN dua hari sudah kerana menjurus siasatan polis kepada siapa yang menyebarkan dan siapa yang terlibat dalam merakam bukan menghasilkannya,” ujarnya dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghantar video berkenaan untuk siasatan forensik hari ini.

Ia dilakukannya atas kapasitinya sebagai Pengerusi NGO, Sekretariat Suara Rakyat.

Hasil keputusan itu, kata Lokman, akan diberikan kepada polis bagi membantu siasatan.

Ia juga menjadi penentu kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin yang didakwa Haziq Abdul Aziz berkenaan isu yang sama.

Terdahulu, Lokman juga hairan kenapa Haziq tidak dikenakan tindakan walaupun ahli PKR itu sudah mengakui dirinya merupakan individu dalam video yang sama.

“Sepatutnya pengakuan itu sudah cukup..macam bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan cakap, pengakuan Haziq boleh didakwa bawah Seksyen 377 B (Kanun Keseksaan) kerana melakukan hubungan sejenis dan ia satu kesalahan di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa Hamid menipu berhubung laporan video Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Laporan forensik (SKMM) sudah sedia kertas sisatan sedia tapi tak diserahkan kepada AG (Peguam Negara) yang serah siasatan siapa terlibat memasang kamera,” dakwanya.- MalaysiaGazette