Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan menggelar askar hanya makan dan tidur adalah satu perkara yang melampau.

Soal beliau, mengapa tindakan sombong ini dilakukan oleh tauke-tauke besar di negara ini tatkala sudah banyak isu yang timbul melibatkan perpaduan di kalangan masyarakat.

“Menyatakan askar makan dan tidur adalah melampau dan tidak sopan. Kenapa mesti sombong begini towkey-towkey kaya?” soal beliau lagi.

Ahli Parlimen Ketereh itu merujuk kepada taikun perniagaan terkenal, Koon Yew Yin yang memohon maaf dengan kenyataan ‘menghina’ Anggota Angkatan Tentera (ATM).

Yew Kin memohon maaf seandainya kenyataan beliau menyinggung perasaan anggota tentera setelah mendapat kritikan demi kritikan sejak selasa.

“Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan,” katanya.

Yew Yin sebelum ini menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.

“Secara tidak langsung, ini mengurangkan pelaburan dari segi pembangunan sumber manusia dan pendidikan,” jelasnya.

Ahli perniagaan berusia 83 tahun itu turut berkata, Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.