Amizar Abu Adam. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam yakin sebahagian besar pengundi Cina akan memilih wakil daripada parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 7 Oktober ini.

Katanya, keyakinannya itu berdasarkan kepada perpaduan kaum yang baik yang berjaya diserapkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Semua masyarakat Cina di sini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan Perpaduan,” katanya ketika menyantuni hampir masyarakat Tiong Hua di Telemong, dekat sini, malam ini.

PRK Pelangai berikutan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos lalu.

Tambah Amizar, melihat kepada sokongan yang diberikan itu, beliau yakin BN akan memenangi PRK tersebut. – MalaysiaGazette