Robert Kuok

KUALA LUMPUR – Jutawan gula, Tan Sri Robert Kuok dicabar supaya balik Malaysia untuk bertanding dalam PRU-14 selepas dikaitkan sebagai penyumbang dana utama kepada parti pembangkang, DAP.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Gesaan itu disuarakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mahu Robert tidak berselindung di Hong Kong sebaliknya balik pulang ke Malaysia dan lawan kerajaan secara anak jantan.

“Saya cabar dia bertanding di sini dekat Malaysia, berkempen secara halal dan lawan kita (Barisan Nasional).

“Dia tak payah jadi pondan, ayam betina yang hanya tahu berselindung disebalik dinding dekat Hong Kong sana,” beliau dipetik berkata dalam Malaysiakini.

Cabaran keras itu dibuat susulan pendedahan seorang blogger yang menuduh jutawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan Barisan Nasional pada PRU-14 nanti.

Mohamed Nazri juga membidas Robert kerana menaja dana kepada DAP, bagaimanapun BN tidak takut untuk berdepan jutawan tersebut sekali pun.

“Lawan BN secara berdepan…Anda penakut dan tiada telur hanya bersembunyi di luar negara dan taja DAP untuk melawan BN.

“Sertai politik dan jangan hanya jadi penakut dengan hanya memberi dana kepada DAP. BN menerima cabaran anda,” katanya lagi. – MalaysiaGazette