Friday, March 29, 2024
Home Tag Datuk Seri Ronald Kiandee

Tag: Datuk Seri Ronald Kiandee

Ronald Kiandee Menyempurnakan Majlis Penutup Pameran MAHA 2022

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) menyempurnakan Majlis Penutup Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada hari terakhir di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor. Foto MUHD NA'IM, 14 OGOS 2022.

Ronald Kiandee Tinjau Operasi Import, Eksport Produk Pertanian dan Haiwan

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee membuat tinjauan operasi pengimportan dan pengeksportan produk pertanian dan haiwan di Pejabat MAQIS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 14 JULAI 2022.

Ronald Kiandee di Dialog Industri Agromakanan MAFI

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melawat tapak pameran selepas Program Dialog Industri Agromakanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2022.

Ronald Kiandee Hadir Mesyuarat Agung Tahunan NEKMAT ke 36

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee beramah mesra bersama penerima Anugerah Pelajar Cemerlang NEKMAT pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) kali ke-36 di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 DESEMBER 2021.

Harga siling beras dikaji bantu pesawah

Beberapa pertimbangan akan diambil kira  memandangkan had siling harga beras ketika ini ditetapkan pada RM1,200 bagi setiap tan metrik.

Ronald Kiandee Hadir Pra Pelancaran Smart Card Keluarga Peladang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyerahkan kad pintar PELADANG-i kepada penerima pada Pra Pelancaran 'Smart Card' Keluarga Peladang (PELADANG-i) sempena Count Down Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2021 (HPPNK 2021) di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2021.

Ronald Kiandee Saksi Menandatangani MoU Program Smart Sawah Berskala Besar

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua kiri) dan Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid (kanan) melihat buku Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Program Smart SBB antara kerajaan dan 7 Syarikat Peneraju Sesi 2/2021 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2021.

Hishammuddin Hadir Penyerahan Sumbangan MAFI Prihatin Kepada MINDEF

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) menyampaikan kotak sumbangan kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua kanan) dan diiringi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan MAFI Prihatin Kepada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) di Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 OKTOBER 2021.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Umum Agihan Dividen Dana Peladang Kebangsaan

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (dua kiri) mengumumkan Agihan Dividen Dana Peladang Kebangsaan sambil diiringi timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua kanan), Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (kanan) serta Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Ali Shikh Ahmad (tengah) di pada majlis pengumuman agihan dividen tersebut di Wisma Tani, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2021.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Terbangkan ‘Mangga Harumanis’ Pertama ke Sabah

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bersama Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group, Tan Sri Tony Fernandes (kiri) dan Pengerusi Eksekutif Airasia Group, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) bergambar sambil menunjukkan buah mangga harumanis pada Majlis Flag Off: Airasia Farm Penghantaran Harumanis Ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2, Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.